+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Orang gila.
Sunday, December 16, 2012, 0 Lover[s]

pada saat aku rasa diri dia seperti orang gila. yang bukan semua pernah merasakannya. bukan calang calang yaa!

dia gila sebab cinta.
cinta manusia yang tak kekal lama. boleh berubah sekelip mata saja. tapi, dia tetap percaya akan kuasa Yang Maha Esa. 

dia gila sebab cinta.
dia gila kerana terlalu mendambakan kasih dari seorang lelaki. dia menangis seperti orang gila. perempuan gila. dia menangis sampai bengkak bengkak mata. dia potong kan rambutnya. dia hentakkan kepalanya ke dinding batu sehingga menampakkan bengkak pada dahinya. dia seperti seorang yang terlalu bodoh pada mata dunia. dia seperti orang gila.

tak hirau nasihat orang lain. kerana, dia rasa lelaki itu yang sebaiknya. abaikan pelajaran. buku campak sana, pensel campak sini. habis bersepah. ambil pisau toreh tangannya sendiri. betul punya perempuan gilaa. perempuan gila. entah sampai bila nak jadi gila. 

dia berlagak seperti orang paling kuat. kuat kononnya menghadapi dunia atau alam percintaan. tapi, hakikatnya? bodoh macam orang gila yang otaknya entah campak kemana.

tak semua pernah merasakannya. mungkin ada. mungkin lebih teruk. mungkin kurang teruk sikit. 

bukan tak pernah di kutuk, bukan tak pernah di kata, bukan tak pernah di perli, cukup semua rasanya. cukup kuat hati dia hanya kerana lelaki yang dia cinta. tak habis habis dengan kes kekasihnya sampai semua pun naik meluat sama. tapi, "Apa aku kisah, aku nak kahwin dengan dia. dia pun ingin kahwini aku!" katanya saja. entah sampai jinjang pelamin atau tidak, dia sendiri pun tak tau. bercinta kemain gila. gambar tak payah nak dicerita. berposing, like sweet sweet.

kasihan kerana dia gila. hidupnya kucar kacir. terumbang ambing seolah dia sehelai kertas kosong yang memang tiada gunanya. aku harap, dia kuat. supaya dia mampu jumpa lelaki yang lebih rela menyayangi dia seikhlas hati. cinta kerana hati, bukan atas sebab lain yang tak sepatutnya. terima gila dia. didik dia. bimbing dia. 

aku kasihaninya kerana dia punyai angan-angan yang sangat banyak untuk lelaki yang dicintanya. terlalu banyak untuk dicerita.


dan akhirnya.......dia tersadai menangis, dan cuba bangkit untuk lelaki yang dah dituliskan di Lauhul Mahfuznya dan juga keluarganya yang tetap akan ada untuknya. jika aku mampu, aku ingin papahnya. tapi, apakan daya..........
<--Older Post | Newer Post-->