+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Bila berbicara tentang jodoh.
Friday, January 25, 2013, 0 Lover[s]


Bila hati berbicara tentang jodoh.
Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,
kerana itu akan membawa kami ke syurga.
Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,
kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul.
Aku mahukan dia seorang yang ‘berjuang’ di jalanNya (fi sabilillah),
kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam.
Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya, 
kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama’,
hafiz mahupun hafizah.
Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,
kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya.

semua mahukan yang terbaik. lagi-lagi pada orang yang memerlukan seorang pembimbing seperti aku. yang boleh bimbing aku ke arah-Nya. mahukan yang terbaik tak semestinya aku nie pun sama baik, tapi, bila kita bercakap pasal lelaki, semua pasti mahukan lelaki yang boleh ajar dea, tentang segala hal dalam Islam. 

doa, itu yang utama. untuk mencari jodoh yang baik, tak salah jika kita berdoa. tapi, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk berubah ke arah-Nya. in Shaa Allah. to get the best, you must be the best first. still trying.

ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku. Aminnnnnn.


p/s : maaf atas post sebelum nie. sebab semua ingat Anies yang kahwin. sedangkan itu adalah pengalaman seorang pelajar. maaf. maaf. maaf. hihi.

<--Older Post | Newer Post-->