+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Salam Maulidur Rasul.
Wednesday, January 23, 2013, 0 Lover[s]


aku masih ingat dulu, aku ada download satu application. tak ingat nama dea. dan, aku ade baca tentang kewafatan Nabi. itu yang membuatkan aku menangis teruk. andai Baginda masih ada, pasti Baginda sedih dengan keadaan umat-Nya sekarang. aku sendiri pun rase malu dengan diri aku sendiri.

Banyakkan berselawat keatas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.

Sunnah Rasullulah :

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

aku ingat lagi pesan dea, sampai sekarang aku dah terbiasa. selawat sebelum tidur. itu yang selalu aku buat. jangan ingat aku lupa. segala pesan kau, semua aku ingat, in Shaa Allah.


Credit to : Kak Aisyah Humaira'

aku pun baru belajar. baru jee nak mula. dan, Aku, Anis binti Abdul Wahab ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua readers dan umat Islam di Malaysia. rajin-rajinkan dan ringan-ringankan mulut untuk berselawat. aku nasihatkan juga seluruh post ini untuk diri aku sama.



<--Older Post | Newer Post-->