+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Alpa.
Monday, April 22, 2013, 0 Lover[s]

Wahai diri,
Kau terlalu leka dan alpha dengan nikmat dunia. Kau selalu melupakan Sang Pencipta abadi! Apa kau sudah lupa dialah yang memberi kau rezeki , beri kau kehidupan yang bahagia, sihat sejahtera, keluarga yang bahagia, serta banyak lagi. Apa kau sudah lupa itu semua? Engkau harus berubah . Berubahlah sedikit demi sedikit wahai diri . Andai kata kau tidak mampu, kau pasakkan satu kata dalam jiwa serta hati yang engkau mampu lakukannya. Persetankan apa yang orang mahu perkata tentang perubahanmu. Engkau harus ada perasaan mahu berdiri, berpijak, berada di lorong yang memberi sinar yang lebih bahagia dan diredhai-Nya.
Ah soal cinta. Ini aku rasa mahu memberi tumbukan padu pada diri sendiri biar remuk segala sebagai perencah rasa. Aku hanyut dibawa air deras. Tiada bersangkutan tiada jeritan. Hanya mengikut alir air tanpa kata. Ah hati, sikit pun kau tidak melawan. Adakah kau sangat rapuh wahai hati bertitik hitam? Ya, itulah jawapan yang tepat. Hati aku rapuh disebabkan aku tidak dekat disamping-Nya.
Jadi berubahlah diri. Aku akan sentiasa mengingatkan engkau dengan setiap inci dan segala ukuran lagi bagi merealisasikan impian diri untuk mencari keredhaan Ilahi.
Sekian.



Dari : #SuratUntukDiri
<--Older Post | Newer Post-->