+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Dia bukan anak kecil.
Tuesday, May 14, 2013, 0 Lover[s]


assalamualaikum.

biarlah orang nak kata apa. dia akan diamkan aje. semua ini dia yang rase. bukan engkau, engkau atau engkau. meskipun dia cerita pada sepuluh orang, tak mungkin sorang pun mampu rase ape yang dia rase. tak mungkin ade satu pun.

entah, dia sendiri taktahu sama ada sakit ini buat dia makin kuat, atau buat dia makin lemah. dia sendiri tak faham. dia bukan banyak fikir, dia bukan nak berfikir pun tentang sakit itu. tapi, fikirlah pula bila hati dan perasaan dipenuhi dengan masalah jiwa.

emmm.

orang kata, anak kecil harus hormat orang yang lebih tua. tapi, pernah ke yang  tua itu kasih pada anak kecil? pernah? pernah kau berikan sepenuh perhatian yang sepatutnya dia dapat even sekarang dia dah mencecah umur remaja?

dari kecil, dia diamkan aje. dari kecil dia kena pukul, kena buli segala. ade pernah sesiapa pertikaikan semua? ade sesiapa peduli? ade sesiapa marah pada si pemukul atau pembuli? ade? dia kini dah dewasa. entah benak dah otaknya, tepu rase bila semua yang disimpan, bila diluah lagi disalahkannya pula. anak kecil tak berhak bersuara?

semua manusia diberikan hak untuk bersuara, bukan? tapi, kenapa bila dia bersuara orang lain menyalahkan dia. apa yang lain tuu betul semua?

selama umur dia, dari kecil hingga mencecah umur remaja, semua dia tadah telinga. simpan semua dalam memori kepala yang entah berapa besar gb nyee. kini dia rase dia patut bersuara. bersuara apa hak yang patut dia dapat. dia punyai hak untuk bersuara. dia patut dapat apa yang dia perlu dapat. nak meminta pada orang luar? pun dia mendapat benda yang sama. alih-alih kena tinggi suara.

korang agak-agak dia boleh jadi gila tak? dek kerana kurang perhatian atau mungkin kasih sayang dari manusia. satu, dia bukan hidup bertuhankan manusia. tidak sama sekali. masih wujud lagi nama 'Allah', di dalam hati. kau pernah selidik sedalamnya hati dia? pernah kau tanya? konklusinya, semua kau harapkan dia yang cerita semua. syok sendiri mungkin.







biarlah sesiapapun dia. yang penting dia manusia. manusia punya apa? hati dan perasaan. manusia perlukan apa? kasih sayang dan juga perhatian. tak layak ke dia?



<--Older Post | Newer Post-->