+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Kau yang satu, tiada dua, tiga dan penggantinya.
Sunday, May 12, 2013, 0 Lover[s]


assalamualaikum.

dari dulu sehingga la nie, aku mengharapkan aku akan menjadi seperti dia.
seorang yang aku kasihi hidup dan mati.
menjadi sekuat dia. kuat dalam menempuh apepun cabaran dan dugaan yang datang dalam kehidupan. kuat juga dalam membimbing yang lainnya.
menjadi sehebat dia. hebat dalam pelbagai perkara yang sepatutnya wujud dalam diri seseorang hamba.
sepenyabar dia. terlalu sabar. sabar meredahi pelbagai lorong yang sempit, untuk membela yang lainnya.
supaya aku menjadi seorang yang serajin dia.
sepenyayang mungkin dengan manusia.
semua akhlak baik yang dimiliki oleh dia.

dia seorang yang aku kasih, sampai hujung nyawa juga akan ku kasih.
dia seorang yang aku hormat, walaupun kadangnya aku terlontar kata ketidak puas hatian, yang mungkin buatkan dia terluka.
dia seorang yang aku sayang, yang aku paling sayang.


dialah Fatimah binti Yahya, seorang hamba Allah yang aku sayang, dan banyak berkorban untuk anak perempuan bongsunya. semoga perasaan sayang ini akan kekal sehingga hujung penafasan, dan tidak akan wujud perasaan benci seperti sebilangan manusia didunia.

Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Engkau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari kecil. Amin.
<--Older Post | Newer Post-->