+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Rindu.
Tuesday, May 21, 2013, 0 Lover[s]


assalamualaikum.

tipulah kata kalau aku tak rindu kawan kawan lama. dari sekolah rendah sampai layh ke sekolah menengah. entah sihat ke tidak mereka mereka semua. macam kejam jee, bila nampak online di Facebook langsung taknak bertegur sapa. tapi, aku doa semoga mereka mereka bahagia sentiasa. aku tahu, setiap satu mereka pasti ada yang menjaga. tak kisah layh kawan ataupun kekasih hati mereka. rata-rata mereka hidup berjauhan dari keluarga.

dalam pada melihat perkembangan mereka, aku masih bisa bersyukur ke atas-Nya. kerana, aku tidaklah cepat terpengaruh seperti separuh daripada mereka. biasalah, orang kata manusia berubah. mungkin akibat zaman, kawan, ataupun keadaan. entah. tapi, aku masih bisa bersyukur. alhamdulillah.

biarlah orang nak kata aku duduk dibawah ketiak lelaki itu, tapi masih wujud lagi jasad aku, diri aku, dalam diri aku sendiri. wujud lagi keputusan yang aku sendiri tak minta pendapat atau nasihat dari dia. wujud lagi keyakinan dalam diri untuk melontarkan sesuatu perkara. alhamdulillah untuk itu.

tapi, siapa mampu jangka apa yang terjadi untuk masa hadapan? semoga, yang ini kekal, biar tak hanyut dek zaman atau pergaulan dengan manusia yang tak tentu hala. mungkin iman aku masih kuat untuk itu. siapa tahu.

ade sebabnya mungkin aku tak berapa rapat dengan ramai manusia, melainkan, bekas kawan sekolah, kawan kolej, ataupun mungkin teman serumah. Allah ada sebab sendiri, kenapa aku tak banyak bergaul dengan ramai manusia. walaupun mulut aku ringan dalam berbicara. yeke?

lantak layh orang nak kata apa, asalkan aku tetap jadi diri aku sendiri. aku juga akan tetap doakan mereka mereka semua, biar bahagia, sihat sejahtera sentiasa. ade rezeki pasti akan berjumpa. tak kisah layh dengan cara apa, atau bagaimana. pasti kita akan berjumpa. 



rindu kalian semuaaaanyaaaaaa :'(

<--Older Post | Newer Post-->