+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Jangan jatuh lagi.
Saturday, June 8, 2013, 0 Lover[s]


assalamualaikum.

haa. kau nak tahu aku tengah pakse kepala aku untuk terus keluarkan idea untuk entry terbaru dalam blog nie. bosan pulak aku rase, hadap benda yang sama.

sama layh mcm hidup aku. cukup membosankan tatkala nie. orang lain sibuk dengan aktiviti kesana kemari, aku? ahh kalau asyik dengan rungutan, mcm mane nak teruskan hidup bukan? sampai bila entah aku nak hidup dengan berpaksikan manusia yang serupa itu.

melihat kehidupan orang lain, sememangnya mampu membuatkan aku membandingkan pelbagai sudut mereka dengan diri aku. yang baik, mahupun yang buruk. itu jelaa pun yang aku mampu buat. tapi, ketahuilah aku sedang berusaha. dengan semangat yang aku punya dari Ibu aku satu-satunya. pemulih semangat sebenarnya.

wahai semangat,
kau pernah jatuh dulu. harap kau tak jatuh lagi.
hanya kerana, orang yang pernah ade untuk engkau tidak mempeduli.

wahai hati,
putihkan hati itu sebersih mungkin. biar ade yang datang berdamping.
dengan keadaan selesa, tanpa cela, tanpa buruk sangka.
dan semoga kau tak berubah sampai bila-bila.

wahai perasaan,
kau selalu diabaikan oleh manusia. tapi, kau sangat kental sebenarnya.
tapi satu, jangan terlalu ikutkan perasaan.
nanti punah semua harapan yang pernah tuanmu inginkan.

wahai diri,
kau selalu kuat. buktinya? kau masih wujud disini.
memamah sisa-sisa hidup yang masih berbaki.
dan kau sentiasa punya hati yang dikasihi, semangat yang selalu diberi, perasaan yang kental yang tak membuatkan kau mati.

Jangan jatuh lagi, wahai diri yang sedang berlatih untuk berdikari.


<--Older Post | Newer Post-->