+Follow or +Home
I ANIESH LAYH ♥

Syukur.
Wednesday, June 19, 2013, 0 Lover[s]

assalamualaikum.

syukur.
syukur aku, syukur yang tak terhingga.
kerana masih diberi kesempatan dari Yang Maha Esa.
selepas, Dia menunjukkan kebesaran-Nya,
yang paling ketara.

syukur,
aku masih disayangi Dia.
kerana apa? aku masih dipinjamkan nyawa.
masih diberi masa untuk berubah ke jalan-Nya.

syukur.
alhamdulillah, aku masih diberi peluang.
untuk bertanggungjawab dengan semua perkara.
aku ingin jadi manusia.
manusia yang sebenarnya.

syukur.
syukur untuk entah kali yang keberapa juta.
kerana Allah permudahkan semuanya.
inshaa Allah, sampai ke akhirnya. Amin.

syukur.
kerana masih disayang keluarga, adik-beradik semua.
mungkin aku tak dapat peluang,
atau mungkin kepercayaan itu semula.
tapi, aku akan berusaha sedaya upaya, 
perbaiki semuanya. dari diri sendiri, hingga seterusnya.
inshaa Allah.

syukur.
entah untuk apa lagi.
tapi, aku terlalu dan sangat bersyukur dengan segala nikmat-Nya.
dengan segala kebesaran-Nya.
dengan semuanya yang datang dari Allah SW.T. untuk
diri yang serba naif ini.

ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku mohon pentunjuk-Mu. suluhkan aku cahaya-Mu, supaya jalan itu tidak gelap seperti sebelumnya. semoga jalan itu terang hingga ke akhir hayatku serta saudaraku. Amin.



<--Older Post | Newer Post-->